اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.
Lumrah Kehidupan
Apabila satu ijab qabul perkahwinan diakadkan, jauh dalam sudut hati sanubari pasangan mengidamkan kebahagian kekeluargaan. Ingin mempunyai zuriat dan menjalani kehidupan dengan kecukupan bahkan kemewahan rezeki. Terkadang, apabila impian dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dikurniakan anak-anak yang cerdik pandai, bahkan dikurniakan dengan pekerjaan berpangkat tinggi atau perniagaan yang maju dan berpendapatan tinggi, ada yang mulai dengan perasaan cemburu, lantas membuak sehingga kepada perasaan hasad dengki. Biasa kita lihat dalam drama Melayu, tapi realiti, memang ia biasa berlaku dikalangan bangsa Melayu. Sedih, itulah perkataan yang dapat diungkapkan.
Fahami Surah Al-Falaq
Dalam surah ke 113 ini, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W. supaya memohon perlidungan daripada-Nya terhadap sesuatu bahaya bencana termasuklah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang yang dikuasai oleh hasad dengki.
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya
Tinjau Gangguan Pada Anda
Waspada dengan perubahan yang berlaku pada anda kebelakangan ini. Kemungkinan ada gangguan yang telah menyerap dalam diri anda yang bertujuan memusnahkan diri dan lebih teruk, memesongkan Aqidah anda. Cuba luangkan masa beberapa minit untuk mengetahui tanda-tanda awal sesuatu gangguan kepada anda
- Warna kuku menjadi gelap
- Kulit menjadi kering seperti orang tua
- Selalu bermain dengan hati dan perasaan
- Raut wajah menjadi kusam (tidak bermaya dan tidak bercahaya)
- Syak prasangka yang melapaui batas ke atas seseorang
- Badan lesu dan kurang kecergasan
- Bau nafas yang kurang menyenangkan
- Selalu kerasukan dan hilang kawalan
- Kerap bermimpi bayi/menyusu/binatang/jatuh tempat tinggi/tempat kotor
- Menangis tanpa sebab
- Sensitif dan rasa mudah mengamuk
- Panas baran yang melampau
- Sering ditindih semasa tidur
- Sukar untuk tidur malam dan bangun awal Subuh
- Kerap kali terlihat kelibat menakutkan
- Kerap mendengar bisikan halus
- Kedatangan haid yang tidak teratur
- Kerap bertengkar sesama pasangan walaupun hanya perkara kecil
- Hubungan kelamin semakin merosot walau usia masih gagah
- Selalu keguguran dan susah untuk mendapat zuriat
- Gelisah apabila diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran
- Tidak selesa berada di rumah sendiri
- Dada kerap rasa seperti menyucuk-nyucuk
- Rasa menyampah apabila melihat wajah pasangan
- Kerap rasa berdebar dan menggigil tubuh tanpa sebab
- Sakit kepala yang berpanjangan
- Rasa sakit seluruh tubuh tanpa sebab
- Lebih suka bersendirian dalam bilik
- Rasa gelisah dan takut tidak bersebab
- Kerap berlaku sukar bernafas dengan baik
- Rasa seperti ada pergerakan dibawah kulit
Berhati-Hatilah, Anda Mungkin
Walaupun hanya ada satu tanda sahaja daripada 31 tanda-tanda asas gangguan, jika tidak dirawat dari peringkat awal, mungkin anda akan mengalami keseluruhan tanda gangguan yang boleh meruntuhkan aqidah anda sebagai seorang umat Islam. نعوذ بالله من ذلك
Kejahatan Sihir Yang Mensyirikan
Perbuatan syirik yang dilakukan bagi memuaskan hati seseorang yang berniat jahat bagi mencapai niat jahat yang dilakukan secara sembunyi atau ghaib. Dalam istilah Melayu dikenal sebagai ilmu hitam.
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti wak pajar.
Kenali Jenis-Jenis Sihir Yang Kami Rawati
Santau Bisa
Bertujuan menghuru-hara individu yang dituju. Kebiasaannya pesakit akan mengalami bisa bisa badan dan sakit bahagian sendi. Pernafasan juga terasa pendek dan tidak selesa. Santau bisa boleh mengakibatkan sakit fizikal jika di biarkan berlarutan. Ia adalah antara kegemaran orang Malaysia bukan sahaja orang Melayu. Kebanyakkan pesakit adalah bukan dari kalangan Melayu.
Santau Busung
Antara santau terkuat. Kebiasaannya pesakit akan mengalami perut yang buncit luar biasa. Santau busung antara santau yang ditakuti kerana untuk mencari atau merawat santau busung bukan sesuatu yang mudah. Santau busung biasa dibuat menggunakan katak dan pelampung ikan. Santau busung boleh membawa maut jika di biar berlarutan.
Santau Penunduk
Antara santau yang popular di Malaysia. Ramai pesakit kami akan menuruti apa sahaja yang di minta oleh si pelaku tanpa boleh berfikir dengan baik. Pesakit ini juga kelihatan gelisah tanpa sebab dan sangat menghormati si pelaku walau pun bukan hal yang baik. Seandainya tidak di rawat dengan cepat boleh mengakibatkan tekanan perasaan yang kuat dan sampai satu tahap pesakit akan mengalami tekanan perasaan yang sangat sukar dirawat.
Santau Pengasih
Biasanya dibuat bagi mengikat hati orang supaya sukakan seseorang dan sentiasa ingat pada si pelaku. Santau ini kebiasaan digunakan untuk orang perempuan. Ada juga dilakukannya kepada yang sudah berumahtangga bagi memuaskan hati jahat seseorang. Santau ini boleh mengakibatkan hubungan rumahtangga goyah. Pesakit yang terkena pengasih tidak boleh berfikir baik dan sering bertengkar walau pada hal yang kecil. Seandainya di biarkan boleh membawa kepada penceraian.
Santau Pelalau
Santau ini kebiasaannya di buat bagi bertujuan supaya susah bertemu jodoh. Pesakit biasanya tidak berminat dalam hubungan dan juga hati memberontak kerana berlawan dengan diri sendiri menjadi tidak tentu hala. Santau ini juga boleh menjadi sakit fizikal jika dibiarkan tidak dirawat.
Alhamdulillah, Dah Semakin Sembuh
Namun AWAS! Mungkin masih ada yang menumpang diri anda. Kali ini, bukan lagi sihir santau, tetapi SAKA. Ya, saka keturunan yang mungkin anda sendiri tidak mengetahui hal ini, bahkan, mungkin disembuyikan oleh generasi terdahulu sebelum anda kerana tiada siapa yang sudi. Akhirnya, yang menjadi mangsa keadaan adalah diri anda sendiri!
Perjanjian Nenek Moyang
Saka adalah satu perjanjian yang dilakukan oleh nenek moyang kita atau orang-orang terdahulu untuk menjaga keturunannya. Orang-orang terdahulu sebahagian besar mempunyai saka bagi keperluan pada ketika , contohnya untuk terokai kawasan hutan di sebabkan zaman dulu tidak ada kemudahan jentera seperti sekarang.
Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.
Jenis-Jenis Saka
- Bajang
- Toyol
- Polong
- Pelesit
- Hantu Raya
- Saka Haiwan
- Pontianak
- Langsuir
- Penanggal
- Pocong
Kenali Islam Nur Idofi
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ
Kami Hanya Berusaha, Allah Yang Mengizinkan
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ, setelah tiga tahun Pusat Rawatan Islam Nur Idofi beroperasi, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala, telah ramai yang sembuh daripada gangguan halus seperti sihir dan saka. Kami mendoakan kesemua bekas pesakit yang berikhtiar menyembuhkan diri daripada gangguan bersama kami, berada dalam kesihatan yang baik sehingga akhir hayat mereka.
إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ
Bagaimana Kami Merawat
Rawatan kami tidak perlu kaedah berulang-ulang kali datang untuk rawatan. Cukup sekadar sekali dengan izin Allah. Rawatan kami berasaskan Islam dan Sunnah 100%, tidak mengunakan jin atau pendamping. Memadai dengan kalam Allah,
“Aku jadikan manusia sebaik baik kejadian semulia mulia makhluk di atas muka bumi”
Semestinya kata-kata itu banyak rahsia sekiranya kita perhalusi dan juga pelajari. Berbekalkan apa yang kami ada, kami sedia membantu anda walaupun risiko sangat tinggi bila bergelar Perawat Islam. Sesungguhnya kami tidak ada daya dan upaya walau sebesar zarah segala penyembuhan milik mutlak Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Nasihat Kami
Kami tidak syorkan rawatan jarak jauh. Sebaik-baik rawatan adalah dengan datang berdepan kecuali kes-kes tertentu seperti kes yang perlukan rawatan segara contohnya anak kecil yang menangis tidak henti-henti atau gangguan-gangguan kecil seperti jin menumpang. Sebaiknya berusaha dan datang berdepan untuk rawatan yang lebih sempurna dan lebih menyakinkan anda. Semua rawatan memerlukan temujanji. Klik pautan dibawah bagi membuat tempahan slot rawatan bersama Pusat Rawatan Islam Nur Adofi